20081230

Wanita patah tangan jatuh lubang satu meter

Sinar Harian 30 Dis 08
TAMPIN - Lubang sedalam satu meter di tepi jalan masuk ke Taman Bukit Ria, dekat sini, membahayakan pengguna jalan raya terutama pada waktu malam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pengguna kenderaan terpaksa memandu perlahan dan berhati-hati akibat keadaan jalan raya yang hanya boleh memuatkan sebuah kereta melaluinya pada satu-satu masa.

Seorang penduduk, G Nehru, 35, berkata, lubang sedalam satu meter itu membahayakan nyawa orang ramai terutama penduduk yang keluar masuk ke taman perumahan berkenaan.

“Lubang ini bahaya dan mampu mengundang perkara yang tidak diingini jika pemandu atau penunggang motosikal tidak berhati-hati ketika melalui jalan ini.

“Keadaan jalan yang sempit ini juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna kenderaan,” katanya.

Menurutnya, seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke tempat kerja minggu lalu, cedera selepas terjatuh ke dalam lubang terbabit ketika hendak mengelak sebuah kereta.

“Wanita berkenaan cuba mengelak sebuah kereta di hadapannya dan termasuk ke dalam lubang berkenaan sehingga menyebabkan tangannya patah,” katanya.

Nehru berkata, ia lebih berbahaya kepada orang luar yang pertama kali tiba di sini dan tidak mengetahui mengenai jalan dan lubang terbabit

“Saya mohon pihak berkenaan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di sini kerana jika dibiarkan, lubang itu bertambah dalam dan mengancam nyawa orang ramai,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2292649.asp

Penduduk serik bau busuk, nyamuk

Sinar Harian 30 Dis 08
LUKUT – Siapa ingin tinggal di kawasan berbau busuk dan diganggu nyamuk yang banyak setiap hari berikutan longkang tersumbat dan tidak pernah kering.

Begitulah dilema yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di Taman PD apabila mereka terpaksa mengharungi kehidupan akibat saliran sistem perparitan yang tidak mempunyai saliran air yang sempurna.

Salah seorang penduduk, R Ravichandran, 43 mendakwa, sejak menghuni kawasan perumahan terbabit iaitu hampir 20 tahun lalu, sistem perparitan di kawasan ini begitu mengecewakan kesemua penduduk di kawasan ini.

"Air di dalam saliran ini tidak mengalir dengan baik dan tidak pernah kering serta sering sahaja bertakung, malah keadaan menjadi begitu teruk apabila sampah-sarap yang banyak terhimpun di dalam saliran ini.

"Bukan sahaja bau busuknya mengganggu kehidupan seharian namun walaupun sering dibersihkan, kawasan ini tetap juga berkeadaan sama iaitu sering tersumbat," dakwanya.

Ravichandran turut mendakwa, perparitan di kawasan tersebut memang diselenggarakan serta dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi ia tetap tersumbat serta mengganggu kehidupan penduduk sekitar.

Sementara itu, K Kupusamy, 43 pula mendakwa, nyamuk yang banyak juga sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan penduduk di kediaman tersebut.

"Oleh kerana longkang bertakung dan tidak pernah kering, ia menjadi kawasan yang paling sesuai untuk pembiakan nyamuk. Nyamuk memang sangat banyak pada waktu malam.

"Kami semua bimbang jika kawasan ini tidak diselenggarakan dengan baik dan dinaiktarafkan, mungkin terjadi pelbagai penyakit bawaan nyamuk," katanya.

Dalam perkembangan lain, permasalahan penduduk ini telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Ean Yong Tinsin yang turut ditemani ADUN Port Dickson, M Ravi.

Menurut Ean, masalah perparitan di kediaman perumahan itu merupakan permasalahan yang paling teruk di mukim Lukut walaupun ia antara kediaman perumahan terawal dibina di sini.

"Pihak kam dimaklumkan masalah ini dan akan mengambil tindakan segera kerana ia berkaitan dengan isu keharmonian penduduk, lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri mendakwa terganggu.

"Pihak berwajib juga tidak mempunyai alasan tiada peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf kerana semua penduduk membayar cukai taksiran dan berhak mendapat yang terbaik," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2293104.asp

20081229

Bangunan SMK Senaling tiada CF diatasi

Sentral: PIBG desak isu bangunan SMK Senaling tiada CF diatasi

Berita Harian 29 Dis 08
SEREMBAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling (SMKS), Kuala Pilah mahu pihak berkuasa menyelesaikan segera masalah ketiadaan sijil layak menduduki (CF) bangunan sekolah itu walaupun ia sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Yang Dipertua PIBG SMKS, Baharin Mohammad, 42, berkata pihaknya mempunyai dokumen lengkap mengenai pembinaan bangunan sekolah itu yang tidak mempunyai CF dan ia sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah.

Beliau berkata, pihaknya menyedari perkara itu sejak tahun lalu dan pernah disuarakan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG untuk dibincangkan, selain memaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senaling, Datuk Ismail Lasim.

"Bagaimanapun, sehingga kini masalah ketiadaan CF itu belum dapat diselesaikan walaupun sekolah itu yang menempatkan seramai 320 pelajar sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

"Apa yang membimbangkan kita ialah kemungkinan guru dan pelajar sekolah terdedah kepada risiko kejadian yang tidak diingini kerana dua tahun lalu pernah berlaku atap genting dan siling sebuah bilik darjah tiba-tiba runtuh.

"Bagaimanapun, ketika kejadian tiada pelajar dalam kelas terbabit kerana cuti persekolahan," katanya di sini.

Baharin berkata, pihaknya bimbang dengan struktur bangunan sekolah itu yang dibina dengan kos kira-kira RM2.2 juta akan mengundang bahaya kepada warga sekolah berikutan tiada jaminan bangunan itu selamat digunakan dan diduduki.

"Selaku Yang Dipertua PIBG, saya berharap pihak berkuasa terutama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) dan kerajaan negeri dapat mengambil tindakan wajar atau memberikan jaminan bahawa bangunan sekolah itu selamat digunakan sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

"Walaupun JPNS mengeluarkan surat bahawa bangunan itu selamat untuk diduduki tetapi ia bukan bidang kuasa jabatan itu untuk menentukan kedudukan strukturnya dan dikhuatiri ia akan menimbulkan masalah di kemudian hari," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20081229104803/Article/index_html

20081227

AL FATIHAH

Daripada ALLAH kita datang , kepada ALLAH kita kembali

PROGRAM SUMBANGAN BAHAN BINAAN BANGUNAN PAS N.SEMBILAN

Ingin menyumbang bahan binaan untuk bangunan PAS N.Sembilan ?
Sila klik SINI

20081224

Kami simpati, tetapi jangan pandang ringan Md Yusop

Sinar Harian 24 Dis 08
SEREMBAN – Ketua UMNO Cawangan Sikamat, Datuk Md Yusop Harmain Shah menggesa Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail supaya menyelesaikan masalah peribadinya berhubung tuduhan bahawa beliau muflis bagi mengelakkan persepsi negatif orang ramai terhadap parti.

Sambil mengakui beliau bersama ahli UMNO di peringkat cawangan bersimpati dengan dakwaan yang dilemparkan terhadap ketua bahagian itu, Md Yusop berpendapat perkara itu perlu diambil perhatian dan diselesaikan segera menjelang mesyuarat bahagian, Sabtu ini.

“Kita bersimpati dengan masalah beliau. Memang betul kenyataan beliau bahawa orang meniaga sudah semestinya berhutang. Bagi saya, ini hal peribadi beliau dan tiada kaitan dengan UMNO tetapi ia serius dan perlu diselesaikan segera untuk mengelak tanggapan negatif kepada parti, khususnya bahagian Seremban," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya dakwaan muflis itu benar, UMNO terutama di peringkat badan perhubungan UMNO negeri perlu mengambil tindakan berdasarkan perlembagaan parti yang membolehkannya dinafikan hak bertanding pada pemilihan parti peringkat bahagian nanti.

Katanya, tuduhan tersebut tidak mungkin akan timbul sekiranya terdapat kebenaran kerana orang tidak akan berani membuat tuduhan melulu, lebih-lebih lagi melibatkan perundangan.

“Pada pandangan saya, orang tak akan keluarkan (tuduhan itu) kalau tak nyata. Tetapi selepas tersiar notis rumahnya dilelong dalam akhbar tempatan tempoh hari, ia meyakinkan orang ramai berhubung khabar angin tersebut," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Md Yusop yang juga bekas Setiausaha UMNO Bahagian Seremban berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Ishak dalam Sinar Harian, semalam yang menegaskan dakwaan muflis itu adalah tidak benar.

Ishak yang juga Ketua UMNO Cawangan Pantai mendakwa telah menerima pengesahan bebas daripada muflis daripada UMNO Pusat dan mendakwa tuduhan tersebut dirancang pihak tertentu yang mahu menjatuhkan beliau.

Beliau juga mendakwa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang membuat tuduhan berkenaan.

Sementara itu, Md Yusop turut meminta Ishak tidak sekadar bercakap untuk menyelesaikan masalahnya itu, sebaliknya menunjukkan bukti sebelum mengambil tindakan.

Malah, katanya, kenyataan Ishak yang mendakwa mereka yang menimbulkan masalah ketika mesyuarat bahagian nanti adalah 'orang kecewa' sebagai tuduhan tidak berasas.

“Kita tak boleh menuding jari kepada sesiapa. Sebagai pemimpin, beliau kena tanya diri sendiri dan bersikap terbuka. Siapa sebenarnya yang kecewa? Saya nasihatkan beliau baca betul-betul dan dan fahami perlembagaan untuk mengelakkan timbul rasa tak puas hati di kalangan perwakilan nanti," katanya.

Beliau turut berharap Mesyuarat UMNO bahagian Seremban yang akan diadakan pada 27 Disember ini akan berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan seperti yang berlaku sebelum ini sehingga mengundang mesyuarat ditangguhkan.

http//www.sinarharian.com.my/mns/content/story2279482.asp

20081223

Pengadang jambatan rosak di Johol

Sinar Harian 23 Dis 08
INAS - Penduduk di sini memohon kepada pihak berkenaan agar membaiki segera pengadang jambatan rosak yang menghubungkan Masjid Kampung Kabung dengan kawasan lain di daerah ini.

Penduduk di sini bimbang jika pengadang jambatan tidak dibaiki segera ia akan menyebabkan kemalangan terutama pada waktu malam.

Seorang penduduk, Abdullah Pilus berkata, masalah pengadang jambatan yang rosak ini sudah berlarutan sejak 2004 dan sehingga kini tiada tindakan sewajarnya diambil pihak yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah berkenaan.

Menurutnya, pengadang jambatan ini rosak akibat dihempap pokok ketika kejadian hujan lebat baru-baru ini.

“Pokok di seberang jambatan berkenaan memang tinggi dan besar, saya berharap pihak berkuasa dapat memantau kawasan berkenaan dan memotongnya supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

“Ketika hujan lebat, pokok berkenaan seperti hendak tumbang dan perkara ini akan memberi masalah kepada penduduk dan keselamatan kami juga tidak terjamin,” katanya.

Abdullah berkata, masalah ini sudah dibawa ke pengetahuan ketua kampung tetapi sehingga kini masih tiada pemantauan dan usaha dilakukan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini.

“Perkara ini melibatkan keselamatan penduduk kampung kerana penduduk selalu pergi ke Masjid dan menggunakan jambatan ini sebagai laluan utama.

“Diharapkan pihak berkenaan melihat keadaan kampung ini kerana pelbagai masalah yang berlaku dan perlu dibaiki dengan segera,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2275670.asp

Tiada bas awam di Gemencheh

Sinar Harian 23 Dis 08
GEMENCHEH - Penduduk memohon kepada pihak berkenaan supaya menyediakan kembali perkhidmatan bas awam di Felda Bukit Jalor di sini, bagi memudahkan mereka berulang alik ke Bandar Tampin.

Mereka mendakwa ketiadaan perkhidmatan kenderaan awam di kawasan berkenaan menyukarkan masyarakat yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak terutama mereka yang ingin mendapatkan rawatan di Hospital Tampin.

Seorang penduduk yang ditemui, Jailani Jamaluddin, 50, berkata, ketiadaan kenderaan awam seperti teksi dan bas menyukarkan pergerakan mereka terutama kepada warga emas yang ingin mendapatkan rawatan di bandar.

“Sudah bertahun perkhidmatan bas tiada di sini dan ini amat menyukarkan kami untuk ke bandar ataupun ke mana-mana. Jika hendak ke bandar, kami terpaksa menyewa kereta.

“Malah ada segelintir penduduk terpaksa menebalkan muka menahan kereta yang lalu-lalang. Ada yang berhenti dan ada juga yang terus memecut laju,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Nab Wan Husin, 39, pula berkata, dahulu perkhidmatan bas awam sentiasa memasuki ke kawasan berkenaan tetapi secara tiba-tiba bas awam terbabit tidak lagi menjalankan operasinya.

“Kalau dulu bas awam akan masuk setiap dua jam sekali untuk mengambil penumpang tetapi kini sudah tiada dan kami pun tidak tahu kenapa bas berkenaan tidak lagi beroperasi di kawasan ini,” katanya.

Menurutnya, penduduk telah puas memohon untuk diadakan kembali perkhidmatan bas awam tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan yang diambil.

“Kami di sini banyak bergantung kepada mereka yang ada kenderaan tetapi kami tidak mahu bergantung kepada orang lain dan kami faham ini juga menyusahkan mereka,” katanya.

Dia berharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah mereka kerana ketiadaan kenderaan awam di kawasan terbabit menyukarkan lagi rutin hidup mereka.

“Saya mohon kepada pihak terbabit supaya menyediakan kembali perkhidmatan bas awam di tempat ini supaya kami tidak lagi perlu bersusah payah menahan kereta yang tidak dikenali untuk ke bandar,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2275186.asp

20081222

Jalan mendap undang kecelakaan

Utusan Malaysia 22 Dis 08


JALAN mendap di Jalan Sikamat Pantai, Seremban, boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

SEREMBAN 21 Dis. - Gusar serta bimbang. Itu adalah keluhan orang ramai yang menggunakan laluan Sikamat-Pantai berikutan jalannya tidak rata dan mendap yang mengundang kebimbangan penguna jalan berkenaan.

Jalan tersebut yang merupakan laluan utama penduduk di taman perumahan berdekatan berulang-alik ke Seremban yang dibaiki tiga bulan lalu, didapati mendap semula disebabkan cuaca hujan sejak kebelakangan ini.

Menurut seorang pengguna jalan raya, Abdul Karim Bakar, 29, mungkin penduduk tempatan sekitar kawasan ini sudah tahu keadaan jalan berkenaan dan boleh mengambil langkah berhati-hati ketika menggunakan jalan ini.

Ujar beliau, sekiranya pengguna adalah dari luar kawasan, mereka akan membrek secara mengejut yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku di kawasan berkenaan.

''Tambahan pula jalan berkenaan juga gelap pada waktu malam disebabkan tiada lampu jalan dan pengguna motosikal boleh terjatuh pada bila-bila masa sahaja dan ia amat membimbangkan kami," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ah Choy, 35, pula memberitahu, kerja pembaikan telah dilakukan kira-kira tiga bulan lalu tetapi mendap semula dan sekiranya dibiarkan ia akan mengundang kecelakaan di kawasan berkenaan.

''Kawasan ini sebenarnya pernah diselenggarakan tiga bulan lalu. Namun ia kembali mendap sedikit demi sedikit dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna yang menggunakan laluan berkenaan.

''Terdapat juga anak sungai berdekatan dengan jalan itu. Kadang-kadang terdapat penunggang motosikal memecut di situ dan tidak perasan permukaan jalan mendap sehingga boleh menyebabkan mereka terjatuh ke dalam anak sungai itu," katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan agar segera mengambil tindakan pantas selain memantau proses pembaikan jalan berkenaan untuk memastikan ia tidak mendap kembali.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Sentral: Penduduk bayar bil air terima notis pemotongan

Berita Harian 22 Dis 08


ABDUL WAHAB menunjukkan notis pemotongan yang diterima di rumahnya di Johol.

KUALA PILAH: Sebahagian penduduk beberapa kampung di Pekan Air Mawang, Johol, dekat sini terkejut menerima notis pemotongan bekalan dari Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) selepas dikatakan gagal menjelaskan tunggakan bil.

Notis bertarikh 2 Disember lalu memberi tempoh sehingga 14 Disember lalu untuk mereka menjelaskan tunggakan antara RM200 hingga RM1,000 dan jika gagal bekalan akan dipotong.

Bagaimanapun, penduduk mendakwa mereka sudah menjelaskan bil setiap bulan di Pejabat Pos Johol dan Tampin tetapi hairan pembayaran tidak direkodkan dalam sistem komputer JBANS.

Seorang wakil penduduk, Abdul Wahab Samah, 83, dari Kampung Lanjut Lumpuh, Sikota, Air Mawang, berkata beliau terperanjat menerima notis JBANS menuntut menjelaskan bil tertunggak sebanyak RM641.73.

"Saya hairan kerana pada setiap bulan saya menjelaskan bil di Pejabat Pos Johol dan kadang-kadang apabila ke Tampin, saya membuat bayaran di Pejabat Pos Tampin.

"Bagaimana saya boleh menerima notis tunggakan bil dan pemotongan bekalan itu sedangkan saya sudah membuat bayaran. Ini bukan membabitkan saya seorang tetapi ramai penduduk menerima notis sama," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20081222084947/Article/index_html

Sentral: Persatuan nafi stesen teksi tiada kebenaran, punca kesesakan

Berita Harian 22 Dis 08
SEREMBAN: Persatuan Muhibah Pemandu-Pemandu Kereta Sewa dan Teksi Bandar Seremban (PMPKSTBS) menafikan stesen teksi persatuan di tepi Sungai Temiang berhampiran Terminal One, di sini, beroperasi secara haram dan menjadi punca kesesakan laluan lintas.

Pengerusinya, R Kunjuraman, berkata pihaknya mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk beroperasi di situ sejak awal Jun lalu dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tidak mempunyai cadangan menutupnya.

"Kita sudah mengadakan perbincangan dengan pegawai MPS baru-baru ini mengenai kedudukan stesen itu dan tiada halangan persatuan meneruskan operasi seperti biasa.

"Sebenarnya, kesesakan disebabkan tindakan pemandu bas ekspres memberhentikan kenderaan sesuka hati di tepi jalan untuk menurunkan penumpang hingga mengganggu kelancaran kenderaan lain.

"Justeru, tidak timbul isu teksi persatuan menjadi punca kesesakan," katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi Persatuan Gabungan Tiga Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Seremban (PGTPTKSS), Tan Chong Yew meminta MPS mengkaji semula stesen teksi berkenaan kerana kedudukannya tidak sesuai berikutan terlalu dekat dengan persimpangan lampu isyarat yang menyebabkan laluan itu kerap sesak.

Beliau juga mendakwa stesen yang dikendalikan PMPKSTBS itu beroperasi tanpa kebenaran.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20081222084449/Article/index_html

Pasar Port Dickson bermasalah

Sinar Harian 22 Dis 08
PORT DICKSON – Masalah Pasar Port Dickson tidak akan selesai tanpa campur tangan serius pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pe-mimpin setempat.

Keadaan itu diakui sendiri Pengerusi Pasar Port Dickson, Mohamad Nor Mohamad Sap yang mendakwa, antara masalah terbaru yang menyebabkan peniaga pasar di sini berasa tidak puas hati adalah kerana terpaksa membayar kembali wang deposit perniagaan.

“Sepuluh tahun dahulu ketika kami (peniaga) berpindah ke pasar ini, kami membayar deposit tiga kali kadar sewaan gerai bulanan sebanyak RM450 untuk memiliki tapak kedai.

“Tetapi kali ini kami pula terpaksa membayar sekali lagi wang deposit terbabit kerana pihak berwajib mendakwa tiada rekod penyimpanan bayaran 10 tahun dahulu oleh peniaga,” katanya.

Seorang peniaga yang ditemui, Soh Kim Ching, 56, berkata, alasan pihak berwajib mengatakan tiada rekod simpanan pembayaran terdahulu tidak munasabah kerana kami masih mempunyai resit yang dikeluarkan ketika membuat pembayaran berkenaan.

“Kami mempunyai resit bayaran yang dibuat 10 tahun dahulu dan kenapa kami perlu membayar kembali sejumlah wang sedangkan pihak berwajib tidak menyelia keadaan pasar ini dengan baik.

“Lagipun segala pembayaran bil elektrik dan air dilakukan peniaga sendiri, bukan tanggungjawab pihak pengurusan jadi tidak timbul pembayaran kembali wang deposit utiliti tersebut,” katanya.

Sementara itu, peniaga di Port Dickson turut mendakwa, pengurusan di pasar terbabit turut memberi masalah kepada mereka dan walaupun pernah bersemuka dengan pihak berwajib, perkara yang dibangkitkan tidak pernah selesai.

“Sebagai contoh, masalah sampah yang diuruskan kontraktor dilantik menjadi beban kepada semua peniaga di sini. Ia bukan sahaja tidak memuaskan tetapi sampah di sini dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Peniaga terbabit turut mendakwa, keadaan saliran yang kecil serta tidak berkesan mengundang masalah kebersihan yang mengganggu urus niaga jual beli dan pengunjung di pasar terbabit.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2272297.asp

Cabinet agrees to RM1.7b low-cost carrier airport to spur economy

KUALA LUMPUR, Dec 20 — The Cabinet yesterday agreed to allow conglomerate Sime Darby Berhad and low-cost carrier Air Asia to build a RM1.7 billion low-cost carrier airport in Labu, Negri Sembilan, to spur economic growth amid a growing worldwide recession.

Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat confirmed the Cabinet's agreement to the airport proposed last month by the government-linked company and the budget carrier, and backed by Negri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

The airport will be built on 2,800ha of Sime Darby land in the state's central corridor just miles from the KL International Airport in Sepang, Selangor which opened 10 years ago. Sources said the airport construction is fully funded by the private sector and will boost the flagging building industry as recession bites the region.

“The Cabinet felt it will boost the economy,' a government source told The Malaysian Insider.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's administration has proposed a RM7 billion stimulus package with a 4.8 per cent budget deficit early last month to mitigate the effects of a worldwide downturn but government officials privately say more will be spent due to the grim outlook for 2009. The government is also looking at private financing initiatives (PFI) to help boost the local economy.

One of the PFIs is the airport project by Air Asia and the plantations-to-power group Sime Darby which yesterday saw its proposal to buy a 51 per cent stake in the National Heart Institute (IJN) rejected by the Cabinet after a public outcry. The government said it will study the hospital proposal further.

Ong said passenger volume at the existing LCCT in Sepang was expected to hit 30 million by 2014.

Therefore, he said, the question of redundancy did not arise as the home-grown low-cost carriers (LCCs) such as AirAsia and AirAsia X had reached the 10 million passenger mark.

“Based on their statistics, by 2014, it is anticipated to be some 30 million budget passengers per annum,” he told reporters here after attending a close-door dialogue session with state MCA leaders here today.

Ong was asked about the possibility of redundancy of the Sepang terminal following an initiative to build a new LCCT costing RM1.6 billion on a 2,800-hectare site in Labu, Negeri Sembilan.

Ong, who is also MCA president, said there was a need to build a new LCCT in the country or to expand the current one to cater to the anticipated rise in the number of passengers flying with budget airlines in the future.

“Malaysia Airports Berhad has plans to expand its existing LCCT and might even build another in future,” he said.

Both Sime Darby and Air Asia have yet to comment on the approval or details of the airport project which will replace the RM108 million low-cost carrier terminal (LCCT) that first opened in February 2006.

The current LCCT is expected to reach its maximum capacity of 10 million passengers this year, prompting airport operator Malaysia Airports Berhad to build a RM160 million extension that can handle up to 15 million passengers when fully operational next March. The new extension was opened last Monday.

KLIA's first phase of a main terminal building and a satellite terminal with two runways was built for RM9 billion and is capable of handling 25 million passengers a year. It sits on a 10,000ha site that is formerly palm oil plantations and is planned to have another main terminal building and three satellite terminals with another two runways. It also houses cargo facilities and currently serves nearly 60 airlines.

The current LCCT serves Air Asia, Thai Air Asia, Air Asia AWAIR, Air Asia X, Cebu Pacific Airways and Tiger Airways. Air Asia X is the long-haul sister airline for the Air Asia group that entrepreneur Datuk Seri Tony Fernandes first founded in 2001.

He had unsuccessfully appealed to the government to allow the budget carrier to operate out of the the country's former gateway, the Sultan Salahuddin International Airport in Subang, prompting the construction of the LCCT and now the proposal for an entirely new airport.

The government had cited the Subang airport's unsuitability as an international airport as it is skirted by housing and industrial zones apart from the duplication of air facilities when rejecting the earlier Air Asia request. It now serves as a sky park for aviation-related industries and for scheduled operators using turbo-prop aircraft such as flag carrier Malaysia Airlines' community airline Fireflyz.

However, industry insiders said the government will still have to spend some money for the new airport particularly in providing air traffic control, Customs, immigration and other facilities for the proposed new airport. There is also some concern over its proximity to KLIA for air traffic control reasons.

It is also not known what will happen to the current LCCT and mushrooming facilities around it including a Tune Hotel being built currently once the new airport is completed. Tune Hotel is a budget hotel operated along similar lines as Air Asia and shares a common shareholder with the airline's main owner Tune Air Sdn Bhd.

The government has also asked the operator of a rail link between the KLIA and KL Sentral in central Kuala Lumpur to build a spur line to the current LCCT. It is not known if that project will be cancelled or a new link will be built to connect the capital city to the proposed airport.

http://m.themalaysianinsider.com.my/articles.php?id=14523

'KLIA East @ Labu’ gets government go-ahead: Airport part of 'massive city'

Ong said the new LCCT would be built under a private finance initiative by conglomerate Sime Darby Bhd and budget airline AirAsia.

The airport will anchor Sime Darby's "massive integrated city" development in Labu, which includes five townships with services in education, health, sports, high technology, recreation and entertainment.

The RM1.6 billion terminal will be funded by Sime Darby and joint-venture partners which could include AirAsia and Malaysia Airports Bhd.

Ong said the new terminal was needed as the current facility in Sepang would not be able to cope with the increased passenger volume.

Under its final expansion phase, after which there will be no more room for growth, the Sepang LCCT will have its capacity increased to 15 million passengers a year, a figure industry sources say is likely to be exceeded by 2011.

Including its Thai and Indonesian affiliates, AirAsia flew some 18 million people this year. The new terminal will be built to accommodate 25 million passengers a year, and last on present forecasts until 2030.

Ong said he could not give a timeline on when work would start on the new LCCT.

"It is up to them as to when they want to start work. For our part we will make sure there is connectivity between the Kuala Lumpur International Airport and the new LCCT.

"We want to ensure passengers will be able to move from both places speedily, smoothly and efficiently."

To be called "KLIA East@ Labu", the new terminal is slightly closer to central Kuala Lumpur than the present LCCT and will boast connectivity by both road and rail.

A 7km branch road will link it with the North-South Expressway and a 3km spur line will be built from the railway station in Labu -- a stop on the KL-Seremban KTM Komuter route.

Welcoming the project's approval, Negri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan said the KLIA would be connected to the new terminal by a 7km Express Rail Link (ERL).

Industry sources said a ground-breaking ceremony was being slated for late next month with construction planned for completion in two years.

When the new facility is commissioned, the Sepang LCCT, which has more than recovered its cost from the explosive increase in passenger numbers over the last two years, will serve other budget carriers, such as Singapore's Tiger Airways.

Mohamad said the siting of the new terminal near Kampung Gadong Jaya in Labu would boost economic growth in the state.

"The location is not far from the existing terminal. It will be an extension of the KLIA.

"When the airport is built, the state can expect economic development, such as housing estates and business centres, in the surrounding areas," he said.
http://nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/Frontpage/2432799/index.pda

20081219

Agih bantuan secara berterusan M Ravi

Sinar Harian 19 Dis 08
PORT DICKSON – Pihak bertanggungjawab seharusnya melancarkan bantuan kepada rakyat miskin yang hidup dalam kesusahan pada setiap masa dan bukan hanya dilakukan ketika musim berpolitik atau menyambut perayaan sahaja.

Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Port Dickson, M Ravi, beliau mengambil inisiatif untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira suasana dan latar belakang demi memastikan mereka mendapat pembelaan sewajarnya.

Sinar Harian difahamkan, pejabat kemasyarakatan di bawah kelolaan ADUN berkenaan sering menghulurkan bantuan kepada pelbagai pihak terutamanya rakyat miskin dan keluarga yang ditimpa musibah.

“Perkara tersebut sudah menjadi kewajiban kami untuk membantu orang miskin dan yang sedang dalam kesusahan agar mereka semua menjalani hidup seperti masyarakat lain.

“Kami sebagai wakil rakyat yang dipilih masyarakat akan sedia membantu golo-ngan yang kurang bernasib baik terutama sekali mereka yang mengalami kemunduran ekonomi sehingga mengganggu kehidupan seharian.

“Walaupun bantuan tidaklah sebesar mana, namun sumbangan seperti kelengkapan diri, bahan makanan dan pelbagai lagi mungkin dapat menceriakan hidup mereka terutamanya bagi kanak-kanak," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

M Ravi berkata, sebila-ngan orang ramai yang hadir untuk memohon bantuan me-lalui pusat bantuan akan diuruskan dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membantu dalam urusan berkaitan pemberian elaun sara diri.

Dalam perkembangan sama, Sinar Harian turut difahamkan, baru-baru ini, pihaknya telah menghulurkan bantuan berbentuk barangan keperluan rumah kepada hampir 50 warga miskin yang dipilih berdasarkan corak kehidupan yang serba daif dan memerlukan perhatian segera.

Sementara itu, menurut M Ravi, bantuan kepada mereka yang memerlukan akan diserahkan setiap lima bulan sekali tanpa mengira bangsa atau agama, malah bantuan tersebut kebanyakannya didermakan oleh golongan berada yang prihatin.

http//www.sinarharian.com.my/mns/content/story2263593.asp

Pekerja dakwa diabaikan

Sinar Harian 19 Dis 08
SENAWANG – Seramai 269 pekerja kilang APL Healthcare Sdn Bhd, Senawang Industrial, di sini mendakwa tertekan selepas mendapati bekalan gas dan elektrik kilang terbabit dipotong Tenaga Nasional Berhad (TNB), kelmarin, sekali gus tidak menolak kemungkinan mereka akan diberhentikan kerja.

Difahamkan, bekalan gas telah dipotong Jumaat lalu menyebabkan operasi pengurusan pengeluaran sarung tangan kilang itu tergendala lebih seminggu.

Rata-rata pekerja kilang yang ditemui, 65 pekerja tempatan dan selebihnya pekerja warga asing, kesal dengan masalah yang dihadapi selain mendakwa Supermax Sdn Bhd mengabaikan hak kebajikan mereka sebagai pekerja sejak mengambil alih pengurusan lima tahun yang lalu.

Pengurus Operasi, V Kamala Devi, 55, berkata, berikutan pemotongan bekalan gas dan elektrik tersebut, pekerja tidak dapat menjalankan tugas dan operasi seperti sedia kala.

“Bayangkan tanpa dua bekalan penting itu, bagaimana kami mahu menjalankan tugas? Pihak pengurusan pula langsung tidak memaklumkan pekerja terlebih dahulu mengenai pemotongan bekalan tersebut.

“Bila operasi tidak dapat dijalankan, kami tidak boleh bekerja seperti biasa dan akhirnya gaji kami akan menjadi semakin sedikit. Bulan ini kami bekerja selama 15 hari, jika pihak pengurusan tidak menyelesaikan masalah pemotongan bekalan itu, kami semua tidak tahu sama ada pengurusan akan membayar gaji kami atau tidak," katanya.

Selain bimbang kehilangan pekerjaan, pekerja kilang ini turut dibebani dengan pelbagai karenah pihak pengurusan yang didakwa mengabaikan hal ehwal dan kebajikan pekerja sejak lima tahun lalu.

"Kerana kami semua tidak mahu hilang pekerjaan kami hanya berdiam diri. Namun kini sudah sampai tahapnya kami perlu utamakan hak kami sebagai pekerja, apatah lagi bila berdepan masalah ini,” jelasnya.

Supermax Sdn Bhd yang berpangkalan di Air Tawar Perak, Ipoh, Vietnam dan juga Senawang mempunyai empat rangkaian kilang pengeluaran yang mengeluarkan produk sarung tangan termasuk kilang terbabit.

Namun katanya, tiga daripada kilang di bawah pengurusan Supermax telah ditutup dan kini yang tinggal sebuah yang beroperasi di Senawang.

“Dengan keadaan itu, kami pekerja di sini menjangka berkemungkinan kilang ini juga akan ditutup apabila timbulnya ura-ura mengenai perkara itu, ditambah pula pemotongan dua bekalan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pekerja mengharapkan penjelasan daripada pihak atasan berikutan masalah ini.

“Kami tidak mahu kebajikan kami diabaikan dan amat memerlukan penjelasan daripada pihak bertanggungjawab kerana pekerjaan inilah yang menampung kehidupan kami selama ini,” katanya.

http//www.sinarharian.com.my/mns/content/story2264872.asp

LAMAN WEB PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

http://prk036.pas.org.my

20081217

117 kes Chikungunya seluruh NS disah positif

Sinar Harian 17 Dis 08
SEREMBAN – Sehingga minggu ke-50, jumlah keseluruhan kes Chikungunya yang telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan adalah sebanyak 194 kes, yang mana daripada jumlah tersebut sebanyak 117 kes disahkan positif manakala 77 disyaki.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata, penyakit Chikungunya telah dilaporkan berlaku di semua daerah di negeri ini dan buat masa ini, situasi penyakit tersebut berada dalam keadaan terkawal dan tiada lokaliti wabak baru terlibat.

Menurutnya, lokaliti terkini kes Chikungunya yang dikenal pasti adalah di kawasan Kuning Mantin, Seremban (satu kes disahkan) dan Kampung Malan Dangi, Kuala Pilah (satu kes disyaki).

“Kes Chikungunya terakhir yang dilaporkan adalah pada 12 Disember lalu,” katanya dalam kenyataan akhbar kepada pejabat Sinar Harian, di sini, semalam.

Dr Zainal memberitahu, orang ramai tidak perlu bimbang dan panik mengenai penyakit ini kerana apa yang paling penting adalah sentiasa mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan persekitaran masing-masing.

“Jika ada di antara penduduk yang mengidap demam, pihak jabatan memohon kerjasama mereka bagi mendapatkan rawatan segera di klinik serta hospital berhampiran dengan kadar segera,” katanya.

Sehubungan itu, katanya lagi, Jabatan Kesihatan negeri akan sentiasa menjalankan aktiviti pencegahan serta kawalan penyakit dari masa ke semasa merangkumi promosi kesihatan kepada orang ramai, kajian Aedes di kawasan terlibat serta semburan pengasapan bagi membunuh nyamuk Aedes yang dijangkiti.

“Selain itu, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) akan dikuatkuasakan di premis-premis yang disyaki mempunyai risiko pembiakan jentik-jentik," katanya.

Jelasnya, buat masa ini, jabatan masih terus melakukan pemantauan kes-kes Chikungunya yang dilaporkan di klinik-klinik kesihatan dan hospital.

Dr Zainal mengharapkan langkah proaktif yang dilaksanakan ini dapat membentuk masyarakat supaya lebih prihatin tentang aspek kesihatan sekali gus mengawal masalah demam denggi dan Chikungunya di negeri ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2256947.asp

Lumut hitam cemar Pantai Seri Purnama

Sinar Harian 17 Dis 08
TELOK KEMANG – Bilangan pengunjung ke pantai sekitar daerah ini bertambah apabila menjelang musim persekolahan, sekali gus menjana pelbagai aktiviti ekonomi yang menguntungkan kebanyakan peniaga di sini.

Bagaimanapun, pencemaran pantai yang dihadapi di kawasan tertentu di sini sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti terbabit.

Antara yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pelancong adalah kewujudan lumut hitam yang terdampar di Pantai Seri Purnama.

Asmafiza Abdullah, 28, berkata, pantai terbabit mempunyai pemandangan yang indah kerana jarang dikunjungi pelancong, namun kebelakangan ini keindahannya sedikit terjejas apabila banyak lumut didapati terdampar di situ.

“Pantai ini agak tersorok, jadi tidak ramai pelancong yang tahu kewujudannya, tetapi kehadiran lumut hitam di sebahagian pantai itu menyebabkan ia hilang seri.

“Kami kerap berkunjung di sini dan mendapati pantai ini tidak kotor, tetapi baru-baru ini, kami terkejut apabila melihat pantai ini tidak bersih seolah-olah ditutupi sampah berwarna hitam,” katanya.

Selain itu, Ting Soi Ling, 32, juga berkata, kehadiran lumut hitam tersebut sedikit sebanyak mengganggu keselesaan keluarganya untuk beriadah sehingga dia terpaksa mencari kawasan yang lain.

“Lumut itu terdampar di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai, oleh itu kami terpaksa mencari tempat yang lebih jauh untuk mengelak daripada kotoran lumut tersebut.

“Kami tidak tahu sama ada lumut itu kotor atau berbahaya tetapi yang pasti kehadirannya menghalang kami daripada melakukan sebarang aktiviti air,” katanya.

Dalam pada itu, seorang penduduk berhampiran yang ditemui turut melahirkan rasa bimbang kerana pantai berkenaan mempunyai khazanah terumbu karang yang amat sukar didapati di tempat lain dan kemungkinan lumut yang terdampar di situ akan merosakkan khazanah laut itu.

“Lumut itu sekarang terdampar di sebahagian besar kawasan lain, tetapi setakat ini ia tidak mencemar kawasan pantai yang dipenuhi terumbu karang tersebut, tetapi siapa tahu, mungkin ia akan merebak ke kawasan tersebut,” katanya sambil berharap agar pihak berkuasa tempatan mengambil perhatian serius terhadap masalah tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2257916.asp

20081216

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijrah

20081212

Iklan Raya Haji MB N.Sembilan salah ejaan Jawi

Perasaan atau tidak iklan-iklan ucapan Selamat Hari Raya Idil Adha 1429 H ada kesilapan pada tulisan jawinya. Amat memalukan apabila 1429 H ditulis terbalik dalam Jawi menjadi 9241 H. Alahai , berapa banyak agaknya iklan-iklan ini tergantung seluruh Seremban. Mana pergi pejuang-pejuang tulisan Jawi di N.Sembilan.

Artikel bergambar sepenuhnya di http://annyss.blogspot.com/2008/12/sesudah-eidul-adha.html

Masalah parit belum selesai

Sinar Harian 10 Dis 08

TELOK KEMANG – Hampir tiga tahun berlarutan, namun sistem perparitan di Batu 6 masih belum diselesaikan dan masalah ini kerap mendatangkan masalah ketika hujan lebat berlaku apabila kawasan ber-kenaan digenangi air.

Walaupun masalah itu sudah beberapa kali diadukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun tiada tindakan dilakukan untuk mengatasinya.

Lebih memburukkan keadaan, sistem perparitan yang tidak mempunyai sistem saliran yang sempurna itu menyebabkan kawasan berkenaan ditakungi air.

Seorang penduduk, Kelvin Tan, 45, memberitahu, dua penempatan menjadi mangsa masalah saliran berkenaan iaitu Taman Melati dan Kampung Baru Cina kerana kedudukannya di laluan saliran berkenaan.

“Apabila hujan lebat, paras air di kawasan ini akan naik dengan cepat, sekali gus menyebabkan banjir kilat.

“Kami sudah serik dengan masalah ini kerana ia kerap berlaku dan sehingga kini masih belum ada penyelesaian, walaupun sudah tiga tahun berlarutan dan pelbagai aduan telah dilakukan,” katanya.

Difahamkan, Persatuan Penduwduk Taman Melati dan Kampung Baru Cina mengemukakan tiga aduan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sejak tahun 2006 berhubung sistem perparitan yang tidak sempurna itu.

Sementara itu, seorang pengurus di sebuah restoran berhampiran, Lazman Hanip Omar, 36, berkata, bukan rumah di kedua-dua penempatan itu digenangi air apabila hujan lebat, namun premis perniagaannya yang paling hampir dengan parit itu menjadi mangsa paling teruk.

Katanya, saliran itu tidak mampu mengalirkan air kerana saliran berkenaan tertutup oleh pembangunan di kawasan berhampiran.

“Pada mulanya kami hairan kenapa air parit itu tidak dapat dialirkan, namun setelah disiasat, kami dapati pembangunan di seberang jalan telah menutup laluan parit berkenaan.

"Dahulu kawasan tersebut adalah paya, namun setelah sebuah pembangunan di seberang jalan dimajukan, perparitan ini terus tersumbat.

Menurut Lazman, dia hairan kerana pihak berkenaan langsung tidak membina laluan baru sehingga menyebabkan air parit itu tidak dapat dialirkan dengan baik. Malah air yang bertakung turut mengundang bau busuk.

“Kami meminta PBT dapat melakukan tindakan tertentu untuk mengatasi perkara sebegini secepat mungkin kerana penduduk di sini sudah tidak tahan dengan perkara ini," katanya.

Katanya, walaupun PBT menjalankan kerja-kerja penyedutan sisa saliran saban waktu, namun kejadian sama masih berlaku.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2233371.asp

Warga emas mohon baiki rumah usang

Sinar Harian 10 Dis 08

KUALA PILAH – Warga emas Khalijah Abd Rasid, 65, tinggal bersendirian di rumah yang dahulunya dipanggil Dewan Risda kampung Seri Pilah memohon bantuan daripada pihak berwajib bagi memperbaiki rumahnya.

Khalijah berkata, 10 tahun dahulu tanah ini dipajak kepada Risda dan selepas habis tempoh, dia membuat keputusan untuk tinggal di kawasan ini kerana rumah pusakanya diduduki anaknya.

“Semua empat anak saya sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan sendiri. Saya tidak mahu mengganggu kehidupan mereka,” katanya yang menerima bantuan RM140 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Khalijah, walaupun menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi untuk membina dinding dan tandasnya yang kini hanya ditutupi dengan kain langsir.

“Saya mandi dan ambil air sembahyang di luar dengan hanya berdindingkan kain langsir namun, nasib saya baik kerana sepanjang tinggal di sini rumah saya tidak pernah dicerobohi.

“Saya sudah membuat beberapa kali aduan kepada pihak terbabit bagi memohon bantuan ini namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil,” katanya.

Selain itu, Sinar Harian mendapati dinding tempat tidur warga emas ini juga dipenuhi dengan anai-anai dan hanya menunggu masa untuk rebah.

Oleh itu, diharapkan pihak berkenaan dapat menghulurkan bantuan kepada warga emas ini agar keselamatannya terjamin selain dapat menjalani kehidupan yang selesa.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2235287.asp

20081209

Kayuh basikal perjuang nasib rakyat 11 Dis N.Sembilan

Jom kita bersama menyertai rombongan kayuh basikal untuk perjuang nasib rakyat yang semakin dihimpit pelbagai masalah kewangan , sosial , kesihatan dan sebagainya 11 Disember 2008 (Khamis) bermula di Kota , Rembau , N.Sembilan. Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com/2008/12/kebangkitan-rakyat-tidak-terhenti.html

20081207

Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat makan gaji buta

Ikuti kisah keprihatinan Ahli Parlimen Telok Kemang nasib malang sektor pelancongan Negeri Sembilan serta nasib malang penduduk Rumah Rakyat Pasir Panjang. Alangkah baiknya semua Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat di Malaysia ini mencontohi sikap Ahli Parlimen Telok Kemang yang sentiasa turun padang dan melaporkan masalah rakyat di dalam Parlimen , media dan Blog peribadinya.

Namun masih ada Ahli Parlimen dari kalangan BN dan Pakatan Rakyat yang tak tahu tugas mereka. Maaf cakaplah, mereka ini makan gaji buta. Contoh Ahli Parlimen yang mungkin makan gaji buta di http://sokongpr.blogspot.com/2008/12/syarat-jadi-mp.html

***********************
SEBAHAGIAN LAPORAN TURUN PADANG AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG

BLUE LAGOON PORT DICKSON KINI JADI BLACK LAGOON

“……..bagaimana pihak PBT boleh mengizinkan dan menutup mata atas ‘jenayah alam sekitar’ yang dilakukan oleh pengusaha Ilham Resort di Tg. Tuan yang melepaskan sisa kumbahan secara terus ke dalam laut?”
http://telokkemang.blogspot.com/2008/12/lawatan-mengejut-ke-blue-lagoon.html


NASIB MALANG PENDUDUK RUMAH RAKYAT PASIR PANJANG

…….Ahli Parlimen Telok Kemang telah turun padang dan meninjau sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk Rumah Rakyat Pasir Panjang, dalam kawasan DUN Linggi yang diwakili oleh seorang EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Masalah berlarutan yang dihadapi penduduk di kawasan ini ialah berhubung dengan projek menaiktaraf Laluan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke Linggi (Seksyen 2) sebuah Projek Kerajaan Barisan Nasional yang telah terbengkalai lebih dari 5 tahun serta kerja-kerja menggantikan paip air oleh Jabatan Bekalan Air NSDK yang didapati betul-betul berada tidak sampai 10 meter dari pintu masuk rumah penduduk.

http://telokkemang.blogspot.com/2008/12/lawatan-mengejut-ke-rumah-rakyat-pasir.html

20081205

Laporan BPR Exco keluar cek

Utusan Malaysia 5 Dis 2008
SEREMBAN 4 Dis. - Satu laporan dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini berhubung pemberian sekeping cek bernilai RM1,000 oleh seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan kepada seorang Ketua UMNO cawangan di negeri ini, baru-baru ini.

Laporan itu dibuat Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail, di pejabat BPR Negeri Sembilan di sini tengah hari ini. Beliau turut membawa cek itu yang didakwa dikeluarkan oleh Ahli Exco berkenaan.

Ahli Exco berkenaan yang berusia awal 50-an itu, dalam pemilihan UMNO baru-baru ini tewas dalam perebutan salah satu jawatan peringkat bahagian baru-baru ini.

Pengarah BPR Negeri Sembilan, Roszaini Abu ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan akan menjalankan siasatan mengenainya.

Dalam pada itu, Ishak ketika ditemui selepas membuat laporan itu mendakwa, beliau didatangi seorang individu yang memberitahunya terdapat seorang wakil rakyat di negeri ini terlibat dalam politik wang.

Menurutnya, pengadu berkenaan mendakwa wakil rakyat yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan itu membuat sogokan menggunakan cek persendirian kepada seorang Ketua UMNO cawangan.

Selain itu, tambahnya, pengadu berkenaan mendakwa bahawa cek tersebut diberikan supaya Ketua UMNO cawangan itu menyokong wakil rakyat berkenaan yang bertanding salah satu jawatan dalam pemilihan UMNO bahagiannya, Oktober lalu.

"Saya tanya pengadu itu mengapa dia tidak buat laporan kepada BPR, dia beritahu takut berbuat demikian. Saya kemudian mendapati cek yang digunakan itu cek peribadi yang tertera nama wakil rakyat berkenaan.

"Saya buat siasatan untuk dapatkan bukti dan mendapati seorang Ketua UMNO cawangan di bahagian wakil rakyat itu menerima cek bertarikh September lalu bernilai RM1,000," katanya di sini hari ini.

Ishak menambah, beliau tidak sewenang-wenangnya membuat laporan kepada pihak BPR sebaliknya selepas membuat siasatan bagi mendapatkan bukti.

Beliau menggesa BPR menyiasat secara terperinci dan adil kepada mereka yang terlibat tanpa memberi tekanan terutama terhadap pemberi maklumat itu.

"Saya minta BPR siasat kes ini sama ada ini suatu sogokan dan politik wang, jika ia terbukti benar, BPR hendaklah menghadapkan mereka yang terlibat ke muka pengadilan," kata beliau.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

20081204

Sukar mohon pembiayaan

Utusan Malaysia 4 Di 08. SEREMBAN 3 Dis. - Mungkin ramai yang tidak mengetahui, Nordin, bekas pemain gitar kumpulan rock terkenal tanah air, Search, merupakan seorang daripada empat rakan kongsi merangkap pemilik kedai menjual pakaian terpakai Vintage.

Bagaimanapun, menurut pemilik Vintage, Zulhairi Baharudin, Nordin tidak dapat hadir untuk ditemu bual hari ini kerana sedang sibuk menjalani latihan muzik di studio.

Zulhairi memberitahu, dia dan tiga rakan kongsi yang lain mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM50,000 bagi memulakan perniagaan menjual pakaian terpakai pada empat tahun lalu.

''Memang kami pernah memohon pinjaman daripada institusi kewangan serta agensi-agensi kerajaan yang mengeluarkan pembiayaan perniagaan. Namun, usaha itu tidak membuahkan hasil," jelasnya.

Katanya, mungkin pihak-pihak berkenaan kurang berkeyakinan tentang potensi perniagaan menjual pakaian terpakai walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.

Di samping itu katanya, imej pemilik-pemilik Vintage yang 'tidak korporat' menambahkan lagi rasa sangsi pegawai-pegawai di institusi kewangan dan agensi-agensi kerajaan berkenaan.

''Maklumlah, kami berambut panjang serta selalu memakai seluar jeans dan baju-T. Kami selesa dengan imej ini kerana dirasakan lebih sesuai dengan perniagaan yang dijalankan," ujarnya.

Namun, kata beliau, dia dan rakan kongsingya tetap memerlukan pembiayaan dan bercadang untuk memohon pembiayaan kewangan sebanyak RM50,000 bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Menurutnya, pembiayaan itu diperlukan bagi membolehkan Vintage menambah stok barangan serta memantapkan lagi operasi perniagaan syarikat.

Justeru Zulhairi berharap permohonan pembiayaan kewangan yang bakal dikemukakan nanti tidak menerima nasib yang sama seperti permohonan-permohonan terdahulu.

''Kami berharap pihak-pihak berkenaan membuka mata terhadap potensi besar Vintage untuk terus maju dalam bidang perniagaan menjual pakaian terpakai dan bukan hanya sekadar menilai pada imej luaran sahaja," katanya.

Tambah Zulhairi, pihak-pihak terbabit sepatutnya bertindak secara proaktif sebagai pemangkin hasrat kerajaan untuk meningkatkan pembabitan golongan muda dalam bidang perniagaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

20081202

Pembetung kecil punca air longkang melimpah ke rumah

Sinar Harian 1 Dis 08
PERTANG – Seorang penduduk di Kampung Gelang Tengah mengharap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera mengatasi masalah limpahan air longkang berhampiran kediamannya.

Mohd Yusuf Ibrahim, 61, berkata setiap kali hujan terlalu lebat, rumahnya pasti dimasuki air.

“Sebenarnya, sudah banyak kali saya membuat aduan mengenai masalah ini kepada pihak yang bertanggungjawab, namun ia masih tidak mampu diselesaikan dengan baik,” katanya.

Menurutnya, dia amat mengharapkan supaya pembetung longkang diperbesarkan dan diselenggara dengan lebih sempurna.

“Pembetung yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan aliran air tidak lancar, seterusnya mengakibatkan masalah banjir yang kerap,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Mohd Yusuf yang sudah menetap di kampung itu sejak 1987 berkata, dia membina sendiri longkang di sebelah kiri rumahnya bagi memastikan aliran air sewaktu hujan dapat berjalan dengan lancar.

“Namun, longkang tersebut tidak mampu menampung aliran air yang terlalu banyak dari kebun kelapa sawit dan dari kampung yang berada di sebelah atas,” katanya.

Menurutnya, pihak yang bertanggungjawab telah membina longkang batu di sebelah kanan rumahnya pada Mac lalu dan berjanji akan memperbesarkan pembetung longkang di tepi jalan.

“Namun, kerja-kerja untuk memperbesarkan longkang tersebut tidak dijalankan manakala sisa-sisa pembinaan longkang batu pula telah menyebabkan longkang di tepi jalan dipenuhi pasir sehingga tersumbat,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dia terpaksa membina benteng di sepanjang longkang batu tersebut kerana bimbang limpahan air akan menyebabkan rumahnya dimasuki air semasa dia tiada di rumah dan menyukarkan pergerakan isterinya yang tidak begitu sihat di rumah.

“Oleh itu, saya amat mengharapkan tindakan segera diambil pihak yang bertanggungjawab kerana jika tidak, masalah ini akan berterusan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2208675.asp

Selekoh tanpa lampu jalan undang nahas

Sinar Harian 1 Dis 08
KUALA PILAH – Penduduk di Jalan Melang di sini resah kerana walaupun pelbagai aduan dibuat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih gagal memasang lampu di satu selekoh jalan menuju ke Kuala Pilah.

Menurut mereka, TNB tidak memasang lampu jalan selepas kerja-kerja pelebaran jalan raya dilakukan di situ sedangkan jalan di situ sibuk dan kenderaan dipandu laju.

“Jalan raya yang berselekoh dan cerun menuju ke pekan Kuala Pilah berdekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lama sangat berbahaya.

“Saya telah membuat aduan berhubung masalah lampu jalan yang dialihkan selepas pelebaran jalan raya kepada TNB pada Januari 2005, namun tiada tindakan selanjutnya diambil,” kata seorang penduduk, Lim Hock Leong.

Menurutnya, projek melebarkan jalan di sepanjang jalan Melang ke Kuala Pilah dibuat pada 2004 bagi kemudahan, keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya namun pemasangan semula lampu jalan didapati tidak menyeluruh selepas kerja-kerja itu selesai.

“Selekoh berdekatan rumah saya tidak ada lampu dan kawasan itu sentiasa berlaku kemalangan,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati jalan tersebut sememangnya sibuk dan merbahaya kepada pengguna yang mahu melintas kerana kenderaan dari arah turun bukit dan naik bukit sentiasa dipandu laju.

“Ini kerana Jalan Melang ini mempunyai 3 laluan, dua untuk menaiki bukit dan satu untuk turun dan kebanyakan kenderaan di sini dipandu laju,” katanya.

Hock Leong berkata, kadang-kadang pemandu tidak sabar dan akan memotong di selekoh berhadapan rumahnya sehingga menyebabkan kemalangan.

Beliau berkata, aduan telah dibuat kepada Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) namun pihak MDKP tidak mempunyai peruntukan dan menyarankan supaya aduan dikemukakan kepada TNB kerana syarikat itu bertanggungjawab ke atas perkara membabitkan lampu jalan.

“Saya rasa sangat kecewa dan terkilan kerana perkara ini tidak diambil serius oleh pihak yang berkenaan kerana ini membabitkan nyawa saya dan pengguna lain.

“Jalan ini juga digunakan oleh lori besar yang menuju ke Bahau dan kenderaan ini kadang-kadang memakan jalan raya di sebelah kanan,” katanya.

Oleh itu, dia mengharapkan lampu jalan dipasang untuk mengelakkan berlaku kemalangan, begitu juga dengan papan tanda amaran kawasan kemalangan untuk memberitahu pengguna supaya lebih berhati-hati di selekoh tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2209951.asp

Blue Lagoon kotor kerana lumut

Sinar Harian 1 Dis 08
BLUE LAGOON – Rata-rata orang ramai melahirkan rasa kurang selesa dengan keadaan pantai di sini yang semakin kotor dan pasir hitam diper-cayai ditutupi lumut sehingga me-nganggu aktiviti riadah pengunjung.

Menerusi tinjauan dengan orang awam yang sering berkunjung ke pantai tersebut mendakwa, kejadian pencemaran itu berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini, namun tidak pasti kenapa lumut berwarna hitam itu tiba-tiba semakin banyak di sini.

Namun mereka mendakwa, lumut itu timbul sejak pembangunan pesat berhampiran kawasan pantai tersebut kerana selama ini lumut jarang naik ke pantai dengan kuantiti yang banyak sehingga mengakibatkan pencemaran.

Dalam perkembangan sama, seorang pengunjung yang selalu berkunjung di kawasan itu, Cheku Muhd Alif Che Wan Hussin, 21, mendakwa, kawasan tersebut tidak indah kebelakangan ini kerana pemandangan yang tidak bersih.

“Sebelum ini, setiap minggu kami akan bersantai di kawasan ini, namun sejak akhir-akhir ini kawasan pantai ini semakin kotor dan lumut yang berada di sini sungguh menjijikkan kerana warnanya yang hitam dan menjejaskan keadaan pantai di sini.

“Kami juga tidak berselera untuk berada di pantai ini kerana mendapati kawasan ini mengeluarkan bau yang kurang menyenang terutama kesan lumut yang tidak dibersihkan itu,” katanya.

Katanya, keinginan dia dan kawan-kawan untuk beriadah dan mandi manda di kawasan itu turut terbantut kerana pantai yang begitu kotor sehingga untuk berjalan di kawasan pantai juga menjadi terhad.

Mohd Amirhafizan Husin, 20, pula mendakwa, lumut yang terdampar di situ menyebabkan banyak sampah-sarap terperangkap dan keadaan ini menyebabkan kawasan itu semakin kotor.

“Saya lihat banyak pelancong yang datang hanya berkelah sahaja tetapi tidak ramai yang mandi mandi di pantai tersebut, cuma kanak-kanak yang tidak menghiraukan sampah dan lumut itu turun ke laut.

“Keadaan ini tentu sekali menyebabkan imej pantai terkemuka ini jatuh kerana orang ramai tidak akan berkunjung ke kawasan ini, sebaliknya memilih pantai yang lebih cantik dan bersih,” katanya.

Amir turut mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya sentiasa memantau tahap kebersihan pantai tersebut dan sering melakukan kerja pembersihan kerana keadaan pantai itu tambah kotor terutama pada musim hujung minggu.

Difahamkan, sebelum ini, sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) melakukan kerja inisiatif komuniti di pantai tersebut dan mereka hairan mengapa lumut di pantai berkenaan terlalu banyak dan tidak dibersihkan sehingga mencemarkan pemanda-ngan dan bau.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2209649.asp