Projek Gajah Putih di N.Sembilan
SATU MALAYSIA ! TERBENGKALAI !
20091118
Konvensyen PKR N.Sembilan 22 Nov 09
“MENGGILAP HARAPAN RAKYAT”
Tarikh : Ahad 22 November 2009
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Tinggi Chung Hua, Seremban
8.00 – 8.45 am – Pendaftaran
9.00 – 9.45 am – Ucapan dan Perlancaran Konvensyen Oleh YB Pengerusi MPN, Dato’ Kamarul Bahrin Abbas
9.45 – 10.10 am- Rehat
10.10 – 10.50 am –Pelancaran Tema Konvensyen- Ketua Penerangan MPN Sdr Ibrahim Yusof
10.50-11.20 am – Ucapan SUA PKR- Dato Salehuddin Hashim
11.30 – 12.30 tengahari – Amanat Dato Seri Anwar Ibrahim
12.30 – 2.00 pm – Rehat dan Makan Tengahari
2.00 – 4.00 pm – Sesi Pembentangan Kertas Kerja
4.00 – 5.00 pm– Sesi Dialog
5.00 – 5.30 PTG – Penggulungan Oleh timbalan MPN 1, sdr Nordin Ismail
5.30 pm – Bersurai
Sumber http://anwaribrahimblog.com/2009/11/18/konvensyen-pkr-negeri-sembilan/#more-9961
20091116
Ceramah Tn Hj Md Sabu 23 Nov 09 Seremban
Tarikh : 23 Nov 2009 (Isnin)
Masa : 9 malam
Tempat : Labu, N.Sembilan
Penceramah :
Tn Hj Md Sabu , AJK PAS Pusat
che'GuBard
Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com atau tel Azizi 012-3696474
20091113
Abang harap dapat kumpul enam beradik
LENGGENG – “Tolonglah kak, saya mahu kumpulkan semua adik beradik saya, tapi saya tidak mampu menyediakan rumah yang selesa untuk mereka semua” rintih Mohd Halif Ismail, 23, yang berharap dapat mengumpulkan kembali lima adiknya berusia antara 17 hingga 22 tahun.
Bukannya mereka lari dari rumah, namun masing-masing terpaksa membawa haluan sendiri merantau ke negeri orang selepas kesemua mereka satu demi satu terpaksa keluar daripada rumah kebajikan yang menjadi tempat membesar apabila usia sudah meningkat 18 tahun.
Ketika itu, bapa yang dijadikan tempat bergantung mempunyai masalah, sementara ibu pula sudah lama meninggal dunia disebabkan penyakit kanser pangkal rahim menyebabkan hidup mereka semakin terhimpit ditambah pula tiada tempat mengadu.
“Memang kami sekeluarga hidup susah sejak kecil lagi. Oleh kerana keadaan tidak mengizinkan dengan adik beradik ramai, ibu terpaksa menyerahkan adik bongsu kepada makcik untuk dijaga.
“Tapi, kini saya impikan kembali suasana kami dapat hidup bersama di rumah kebajikan seperti dulu, namun saya sendiri tidak pasti di mana kami boleh tinggal bersama,” katanya.
Halif berkata, bapanya yang kini sudah berkahwin lain pernah mengajak mereka semua tinggal bersama di Jelai, namun masing-masing tidak mahu disebabkan tidak dapat melupakan kisah duka dialami ketika masih kecil ketika bapanya berdepan masalah.
Apatah lagi bapanya kini menderita penyakit usus dan mengalami kesempitan hidup menyebabkan Halif tidak mahu menyusahkannya.
“Kami hanya berkumpul setahun sekali di rumah ayah. Itu pun satu hari sahaja dan keesokannya kami membawa haluan sendiri.
“Saya faham mengapa adik-adik bersikap begitu kerana ketika kami duduk di rumah kebajikan pun ayah tidak pernah datang menjenguk dan bertanya khabar,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di Lenggeng.
Bina rumah sendiri
Kesungguhan anak muda ini dapat dilihat apabila dia membina rumah di atas tanah pusaka milik ibunya menggunakan duit insurans kemalangan diperoleh.
Namun, agak menyedihkan rumah yang dibina tidak begitu sempurna apabila hanya disediakan tandas dan sebuah bilik kecil selain tidak mempunyai kemudahan bekalan air dan elektrik.
“Mujurlah ada sedikit duit simpanan dan duit insurans yang saya dapat selepas terlibat dalam kemalangan, jadi saya gunakannya untuk membina rumah kerana saya memang mahu bawa adik-adik tinggal bersama.
“Selepas rumah siap saya tinggal di sini selama tiga bulan kerana tidak mahu menyusahkan pakcik yang tinggal di Sungai Machang Hilir. Malangnya, lama kelamaan saya tidak tahan kerana sukar untuk saya menjalani kehidupan seharian tanpa kemudahan bekalan air dan elektrik,” katanya.
Sinar Harian difahamkan, kini Halif menumpang di rumah bapa saudaranya dan rumah keluarga rakan yang prihatin dengan nasib dialaminya.
Lebih menyedihkan, sejak kemalangan, sebelah tangan Halif tidak dapat berfungsi dengan baik menyebabkan dia sukar mendapat pekerjaan tetap.
“Sekarang ini saya hanya kerja biasa mengikut sesiapa yang memerlukan pekerja kerana hanya ini sahaja yang mampu saya buat. Pendapatan pun tidak menentu antara RM300 ke RM400 sebulan,” katanya.
Seorang adik alami masalah rabun
Sementara itu Sinar Harian difahamkan lima adiknya tinggal di Melaka, Kajang dan Shah Alam, namun tidak diketahui di mana tempat tinggal mereka dan pekerjaan yang dilakukan.
Manakala abang sulungnya, Mohd Faizal, 25, difahamkan berada di Shah Alam namun sudah lama tidak mendengar khabar berita.
Adik kelima Halif, Nurul Wahida, 18, kini sedang menderita penyakit rabun di tahap membimbangkan, namun disebabkan sumber kewangan tidak mengizinkan rawatan ditangguhkan untuk sementara waktu.
“Saya risau lama-kelamaan matanya akan buta. Setakat ini saya belum pernah membawanya mendapatkan rawatan kerana sedar kos yang sangat besar diperlukan untuk tujuan itu,” katanya.
Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lenggeng, Bustami Abu berkata, pihaknya simpati dengan derita yang terpaksa ditanggung anak muda itu.
Menurutnya, pihak Giat Mara Seremban sudah datang meninjau rumah yang didirikan oleh Halif dan bersedia membantu membaik pulih rumah tersebut bagi membolehkan dia tinggal bersama adik beradiknya yang lain.
“Namun, bergantung kepada bantuan apa yang kita terima sama ada bantuan membina rumah daripada Pejabat Daerah ataupun sebaliknya yang kini saya tengah tunggu keputusannya.
“Malah, kemudahan bekalan air dan elektrik juga akan cuba diusahakan daripada pihak berkaitan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Sementara itu dalam masa terdekat, Bustami berjanji akan cuba usahakan Halif pergi mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang diminati agar mampu memperoleh pekerjaan yang lebih merjamin masa depan.
“Cuma saya amat mengharapkan bantuan daripada pihak lain untuk sama-sama membantu adiknya yang kini mengalami penyakit rabun kerana saya khuatir jika dibiarkan, ia akan menjadi bertambah teruk,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5985807.asp
20091112
Pelancaran PKR Kundur 18 Nov 09 Rembau
Rabu 11 November 2009
Jam 8 malam
Di Kg Kundur Hilir (DUN Chembong), Rembau
Bersama :
cheGuBard , Pengerusi PKR Rembau
YB Hj Mohamad Taufek , YB Paroi N.Sembilan, AJK PAS Pusat, Rembau
Dato Seri Ir Nizar
YB Abdullah Sani
Info lanjut tel Azizi 012-3696474 atau di http://chegubard.blogspot.com
CERAMAH PERDANA
Rabu 18 Nov 2009
Jam 9 malam
Di Kg Selemak (dekat Kg. Batu) , Rembau, N.Sembilan
Penceramah :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi N.Sembilan, AJK PAS Pusat, Anak jati Kg Batu (DUN Kota)
YB Dato Seri Ir. Nizar Jamaludin , Ahli Parlimen Bukit Gantang
YB Antony Loke , Ahli Parlimen Rasah, N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
cheGuBard
20091110
Ceramah YB Ir Nizar Jamaludin 18 Nov 09 Rembau
Rabu 18 Nov 2009
Jam 9 malam
Di Kg. Batu , Rembau, N.Sembilan
Penceramah :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi N.Sembilan, AJK PAS Pusat
YB Dato Seri Ir. Nizar Jamaludin , Ahli Parlimen Bukit Gantang
YB Antony Loke , Ahli Parlimen Rasah, N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
cheGuBard
Info lanjut hubungi 012-3696474 atau http://chegubard.blogspot.com
CERAMAH PERDANA DUA
Sabtu 21 Nov 2009
Jam 9 malam
Di Kampung Tengah, Air Kuning, Tampin
Penceramah :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi N.Sembilan, AJK PAS Pusat
YB Antony Loke , Ahli Parlimen Rasah, N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
cheGuBard
Info lanjut (Ija 017 3491807) atau http://chegubard.blogspot.com
20091105
Usrah Umum 8 Nov 09 Parlimen Rembau
Tarikh : 8 Nov 2009
Hari : Ahad
Masa : 7 malam
Tempat : PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang
Semua ahli dijemput hadir
20091104
Program Muslimat Rembau 14 Nov 09 Senawang
Tajuk : Peranan Muslimat - Hanya Isteri dan Ibu ?
Tarikh : 14 Nov 2009 (Sabtu)
Masa : 7.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: PASTI Al-Hidayah , Apartment Seroja , Taman Tasik Jaya , Senawang
Agenda:
- Solat Magrib berjamaah
- Pengisian oleh: Prof. Madya Dr. Ustazah Asiah Ali (Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Ketua Unit Dakwah dan Halaqah Lujnah Penerangan dan Dakwah DMPP)
- Solat Isyak berjamah
- Jamuan
Anjuran: Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama PASTI Al -Hidayah
Maklumat lanjut sila hubungi Pn Norwani 013-3851202 & Pn Hjh Rashidah 019-3056170
Terbuka kepada semua para isteri, ibu dan muslimat khususnya di Rembau & MTD Paroi
Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2009/11/program-liqa-fikri-muslimat-rembau.html
20091028
Moh Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1430H
Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi
1 Bahagian Lembu RM 350.00
OBJEKTIF PROGRAM
- Membantu golongan miskin yang memerlukan terutamanya di DUN Paroi melalui Ibadah Korban dan Aqiqah.
- Agihan daging korban dikawalselia oleh pihak DUN berdasarkan senarai nama mereka yang benar-benar layak menerima sumbangan dan bantuan.
- Memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama.
Untuk penyertaan sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942 atau e-mel mtdparoi@yahoo.com
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)
20091026
Kedai aktivis PAS kebakaran di Kuala Pilah

Turut terlibat ialah kedai runcit milik Puan Rahimah yang baru kematian suami (Allahyarham Osman) 4 hari sebelum itu.
Sehubungan dengan itu mereka yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan sedikit beban mereka yang terlibat dengan kebakaran ini bolehlah menghubungi wakil Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Pilah Sdr Mohd Anizar Abd Rahman di talian 017-6812025.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut :
Nama: MOHD ANIZAR ABD RAHMAN
Maybank: 155023331741
Bank Islam: 05012010069722
Sila SMS masa dan jumlah yang dimasukkan ke 017-6812025
Semoga bantuan yang sedikit dari kita semua akan meringankan beban dan merapatkan ukhuwwah kita semua.
Juga berita berkaitan di pautan berikut http://jemapohku.blogspot.com/2009/10/kebakaran-kedai-makan-karim-suhaimi.html
20091023
Promosi Kartun Zunar dan Konco konco
Berbeza sedikit dengan yang lain, disamping mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan, Konco Zunar juga mengutamakan kualiti, yakni setiap kartunis dalam kumpulan ini mestilah membawa mesej kepada masyarakat sebagai keutamaan disamping teknik melukis.
Dipelopori oleh kartunis berpengalaman, Zunar diikuti kartunis muda Jonos dan Ronasina serta teman-teman seperti Azzam Supardi, Nazar, Israq, Maisuri dan lain-lain sebagai permulaan.
Zunar Dan Konco-Konco menyediakan khidmat membekal apa juga jenis produk yang boleh dibeli atau ditempah orang ramai. Juga menyediakan khidmat kepakaran untuk menjalankan aktiviti melukis kartun serta mengadakan kursus untuk melatih kartunis muda.
Buat permulaan Konco Zunar menyediakan:
1. Kelas Melukis Kartun
2. Tempahan untuk menjalankan / menguruskan aktiviti / menguruskan aktiviti melukis / peraduan melukis untuk hari keluarga / sambutan DLL
3. Melukis karikatur (akan datang)
4. Lain-lain produk
Maklumat lanjut / pertanyaan, hubungi kami di talian 03-22744931 atau emel di editorkartun@gmail.com . Laman Blog di http://koncozunar.blogspot.com
20091020
Kupon Beras akibatkan beras akan naik harga
PERSOALAN : Apakah harga beras akan naik selepas tiada lagi subsidi kepada pengilang dan pemborong ?
2. Pemberian kupon akan disalurkan menerusi anggota Parlimen.
PERSOALAN : Kenapa tidak disalurkan menerusi agensi kerajaan sedia ada Jabatan Pertanian, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah dsbnya ?
3. 200,000 keluarga miskin dan Orang Asli akan menerima kupon RM10 bagi elayakkan mereka membeli beras gred ST15 yang berharga RM24 pada kadar RM14.
43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 di luar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan.
150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) pula akan menerima tiga kupon subsidi masing-masing bernilai RM10 setiap enam bulan sekali.
PERSOALAN : Pasti akan ada keluarga yang layak, tetapi tercicir. Bagaimana untuk mempastikan pemberian kupon ini telus dan sampai ke sasaran ?
PEMBANGKANG KUAT , RAKYAT TERBELA
http://pasns.blogspot.com
20091019
Sumbangan PAS untuk warga Negeri Sembilan
Terlalu banyak projek terbengkalai http://terbengkalai.blogspot.com dan projek gajah putih http://gajahputihn9.blogspot.com di Negeri Sembilan ini. Ramai rakyat di Negeri Sembilan yang susah kerana projek rumah terbengkalai, rumah yang dah siap pula tiada penyewa, kosong, hendak dijual tiada nilai di pasaran.
Begitu juga dengan nasib kakitangan kerajaan negeri dan agensi dibawahnya. Guru KAFA di N.Sembilan hanya mendapat elaun RM 500 sebulan http://pasns.blogspot.com/2009/09/guru-kafa-negeri-sembilan-miskin-tegar.html
Juga nasib Peneroka Felda di N.Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2009/10/peneroka-protes-dakwa-felda-tidak-tunai.html
PEMBANGKANG KUAT , NASIB RAKYAT AKAN TERBELA
*************************
Projek jalan Pasir Panjang terbengkalai siap 6 bulan
Berita Harian 19 Okt 09
TAMPIN: Kementerian Kerjaraya memberi jaminan projek menaik taraf jalan Pasir Panjang ke Linggi yang terbengkalai sejak 2005 hingga menjadi isu pembangkang ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru ini, akan disiapkan dalam tempoh enam bulan.
Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata kerja menaik taraf jalan membabitkan kos RM118 juta itu terbengkalai kerana masalah pengambilan tanah hingga menyebabkan kos pembinaannya meningkat.
"Bagaimanapun, masalah itu sudah selesai dan kerja terbengkalai itu sudah disambung semula. Saya juga sudah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) memantau perkembangan projek itu dan mencari kaedah terbaik supaya kerja itu dapat dipercepatkan," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tampin memberitahu demikian pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Serba Guna Daerah Tampin, di sini, semalam.
Beliau mengulas mengenai projek menaik taraf jalan itu yang terbengkalai hingga menjadi rungutan orang ramai, malah menjadi ‘modal’ pembangkang ketika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, dengan berjanji akan menyelesaikan masalah itu jika pengundi mengundi calon mereka.
Shaziman berkata, projek menaik taraf jalan itu membabitkan dua fasa iaitu dari Pasir Panjang ke Linggi sejauh 18 kilometer dan dari jalan Sua Betong ke Politeknik Port Dickson, sejauh lima kilometer.
"Kita terpaksa mereka bentuk dan membina jajaran baru di beberapa lokasi bagi mengelakkan kos projek itu meningkat, terutama dari Sua Betong ke Politeknik Port Dickson kerana banyak tanah yang terbabit adalah milik swasta," katanya.
Sementara itu, Shaziman berkata, semua jurutera daerah JKR sudah diarah memantau cerun berisiko tinggi di kawasan mereka lebih awal sebelum musim hujan bulan depan bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20091019011226/Article/index_html
20091018
Ceramah Mahfuz Omar 20 Okt 09 Labu, NS
CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Dato Mahfuz Omar – Naib Presiden PAS
YB Anthony Loke – Pengerusi DAP N.Sembilan
Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin – Ketua AMK
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Selasa 20 Oktober 2009
Jam 9 malam
Di Kg Lambar, Labu, N.Sembilan
Semua Dijemput Hadir
20091015
Majlis Meraikan Jentera PRKN31 16 Okt 09
Majlis Meraikan Petugas Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang
JUMAAT 16 Oktober 2009
JAM 8 malam
Di Markas Induk PRKN31, Kg Bagan Pinang, Bt 3, Jalan Pantai, PD
Semua petugas Pakatan Rakyat dijemput hadir
Maklumat lanjut hubungi Sdr Shamsul 019-6532973
20091007
Kehadiran Tun Dr Mahathir tidak berkesan
SEREMBAN – Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) sebenarnya tidak memberikan kesan kepada calon yang bertanding.
Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan itu berdasarkan keputusan pilihan raya kecil sebelum ini di Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Gantang, Perak yang memihak kepada calon Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, masyarakat dan rakyat umumnya mengetahui Tun (Dr Mahathir) pernah membantu calon dalam kempen pilihan raya kecil sebelum ini di Kedah dan Perak.
“Walaupun Tun turun membantu berkempen terhadap calon BN, namun ia masih gagal mempengaruhi pengundi di kawasan terbabit untuk memilih Barisan Nasional.
“Kehadiran Tun sudah tentunya akan memberikan kesan kepada pengundi jika ia disokong dan jasanya dikenang, namun perkara sebaliknya berlaku,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Badrul Hisham berkata, beliau menyokong tindakan bekas Perdana Menteri itu yang bertegas tidak akan berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang berdasarkan prinsipnya sebelum ini.
“Tun ternyata berpegang kepada prinsipnya tidak menyokong calon yang terbabit dengan gejala politik wang. Ia jelas dalam kenyataannya sebelum ini yang turut meminta pucuk pimpinan BN tidak memilih calon yang sedemikian.
“Saya menyokong pendirian Tun berhubung perkara ini, namun bersimpati dengannya kerana pucuk pimpinan BN seolah-olah tidak mempedulikan na-sihatnya selaku bekas pemimpin tertinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tun yang bertegas tidak akan berkempen membantu calon BN dalam PRK DUN Bagan Pinang kerana menolak individu atau calon yang dikatakan pernah terlibat dengan gejala politik wang.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5209068.asp
20091005
Pendedahan seorang Kolonel di Bagan Pinang
Pengakuan seorang bekas Lt Kolonel tentera
Perumahan terbengkalai di lebuhraya PD
Cara kempen berhemah BN
Dan banyak lagi
Bandar Tentera Darat atau Bandar Lalat
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/siri-9-albanjari-n31-bandar-tentera.html
Apa kejadah sejak mula jejak bandar Port Dickson sampai le ke hujung jalan ke Pasir Panjang, Teluk Kemang tak sudah-sudah dengan LALAT. Duduk dihurung lalat, berdiri dihurung lalat, tidur dihurung lalat, makan dihurung lalat, dalam kereta ada lalat, diluar jangan kira, lalat di mana-mana.
Dan itulah ISU paling besar Port Dickson sejak zaman Isa Samad menjadi MB sehinggalah dicalonkan semula sebagai calon BN di sini, dalam DUN Bagan Pinang.
http://telokkemang.blogspot.com/2009/10/di-sambut-dengan-lalat.html
Selepas memenangi kerusi Parlimen 132 Telok Kemang, antara isu utama yang saya kemukakan di Dewan Rakyat adalah masalah asas tentang kebersihan. Tak jauh daripada DUN Bagan Pinang, ada sebuah pusat pelupusan sampah yang menjijikan. Tak ada teknologi moden. Tak lebih hanya mengharapkan aturan dan 'kekuatan' alam agar bukit sampah yang bertimbun di sana terhapus sendiri. Justeru itu, lalat merupakan masalah utama di seluruh pusat peranginan di sini. Masalah yang berlarutan lebih 15 tahun... masalah yang berpunca sejak zaman calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Isa Samad menjadi menteri besar.
http://chem.eng.utm.my/staff/zaini/images/mindalestari/bh-industri-tani-alamsekitar-3oct2007.pdf
Ketika ini, ladang ayam yang diusahakan secara konvensional mendatangkan
masalah bau dan pembiakan lalat yang semakin membimbangkan, terutama di
daerah peranginan Port Dickson, Seremban dan Rembau. - Prof. Datuk Dr Zaini Ujang
http://amkns.blogspot.com/2008/04/lalat-menyerang-port-dickson_08.html
Kerajaan negeri diminta campur tangan mengatasi masalah lalat serta bau busuk berpunca daripada sebuah tapak pelupusan sampah di Bukit Palong, Lukut, dekat sini yang berlarutan sejak dua tahun lalu sehingga mengganggu kehidupan masyarakat sekitar kawasan berkenaan.
Antara yang terjejas ialah kakitangan Institut Memandu Port Dickson (IMPD) serta pelanggannya yang menjalani latihan di situ, terutama selepas sampah yang dilupuskan kini semakin menghampiri premis berkenaan.
20091002
Kereta Perisai Second Hand ganti Condor ?
Mengikut laman web berikut Condor akan digantikan dengan kereta perisai terpakai jenis VAB buatan Perancis http://www.malaysiandefence.com/?p=782
Fast forward to 2009, its the VAB that is replacing the Condors!
Well, not all of the Condors. The Army is expected to get a dozen or so VABs, in the 6X6 version, within the next few months to replace the Condors assigned to the Malaysian battalion in Lebanon as part of the UNIFIL contingent.
These VABs are not new, they are re-manufactured stocks most probably from the French army. But with our luck they will cost as expensive as brand new ones especially when kitted out with government-furnished equipment such as radios and guns!
Tapi mengikut Blog berikut mungkin Condor akan digantikan dengan yang baru buatan Afrika Selatan atau Jerman http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2009/10/kereta-perisai-baru-untuk-tentera-di.html
Untuk kegunaan tentera Malaysia di Lebanon, saya difahamkan buat masa sekarang dua syarikat antarabangsa sudah pun menghantar tender untuk pembelian 30-35 buah kereta perisai bagi menggantikan Condor dan Sibmas di Lebanon.
Syarikat-syarikat itu adalah Styer Daimler-Puch Spezialfahrzeuge (SSF) yang mengeluarkan kereta perisai PANDUR serta kereta perisai di bawah syarikat Denel (Afrika Selatan), kemungkinan jenis ROOIKAT 76 atau 105.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=442297
Sementara itu, ditanya mengenai laporan sebuah blog yang mendakwa batalion Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) Malaysia di Lubnan memerlukan kereta perisai baru pada kadar segera, Azizan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.
http://pasns.blogspot.com/2009/09/5000-undi-tentera-bagan-pinang-mesti.html
Kerajaan menangguhkan penggantian Condor ini atas alasan kekurangan dana. Sedangkan Condor adalah pengangkutan yang paling penting dan terbanyak dalam tentera.
Condor pula dikatakan semakin tidak sesuai dalam peperangan moden hari ini disebabkan perisai kenderaan itu agak nipis dan gagal mengekang tembakan dari roket seperti yang pernah berlaku semasa peristiwa di Pasar Bakaara, Somalia, pada Oktober 1993, apabila beberapa buah kereta perisai Condor Malaysia musnah dan seorang pemandunya terbunuh. (Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin)
20091001
MAKLUMAT HARI PENAMAAN CALON BAGAN PINANG
Solat hajat akan diadakan pada jam 8 pagi Sabtu 3 Oktober 2009 berhampiran Sekolah Dato Abdul Samad berhampiran stesen minyak BP yang akan dipimpin oleh Presiden PAS, Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang
Bagan Pinang, biarlah yang untung rakyat sendiri
E-mel dibawah ini diterima dari penduduk Bagan Pinang yang bosan dengan corak kempen pilihanraya di Malaysia.
*********************
Salam,
Saya harap semua parti bukan hanya ghairah berkempen untuk menang pilihanraya tetapi hendaklah membela rakyat setempat. Masalah yang dihadapi oleh ibu saya ini berlarutan dari zaman YB Dato Sothinathan lagi di mana beliau telah melawat tempat yang bermasalah ini. Kami muak dengan ahli-ahli politik yang cuma datang memberi hamper, jamuan kepada warga emas untuk memancing undi tetapi masalah keselesaan warga emas yang paling utama tidak diambil berat dan diselesaikan.
Dilampirkan sesalinan surat yang dihantar ke Menteri Besar Negeri Sembilan untuk tindakan beliau. Sehingga kini tiada panggilan atau jawapan dari pejabat beliau mengatakan aduan ini diterima atau tidak.
Sekian, terima kasih.
---------- Forwarded message ----------
From: ????????
Date: 2009/9/16
Subject: ADUAN MENGENAI SISTEM SALIRAN SUNGAI SIRUSA
To: mbns@ns.gov.my
Cc: ????????
Salam,
Bersama-sama ini, saya sertakan aduan mengenai perkara di atas untuk tindakan Pejabat Menteri Besar selanjutnya. Sesalin surat akan dipos kepada Pejabat Menter Besar secepat mungkin.
____________
Ruj: SGSIRUSA/Personal(MA(09)) - 01
15hb September 2009
YAB. DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
Tingkat 5, Blok B,
Wisma Negeri,
70503 Seremban,
Negeri Sembilan.
YAB DATO’ SERI UTAMA
ADUAN BERKENAAN SISTEM SALIRAN SUNGAI SIRUSA (LOT 1444)
Saya merujuk kepada perkara di atas.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Sembilan kerana telah membuka sistem aduan yang lebih terbuka melalui laman web kepada semua khususnya rakyat Negeri Sembilan. Ini akan memberi peluang kepada Pejabat Menteri Besar untuk mengetahui terus masalah penduduk Negeri Sembilan secara dekat dan terperinci.
I. LATAR BELAKANG MASALAH SALIRAN
Untuk pengetahuan YAB Dato’ Seri Utama, pada tahun 1970an sehingga 1980an, rumah ibu saya, Puan Jainon Mat Amin, sering dilanda banjir disebabkan hujan lebat dan air pasang. Masalah tersebut dapat diselesaikan apabila Jabatan Pengairan and Saliran (JPS) melebar dan mendalamkan Sungai Sirusa bermula dari muara sungai dan lalu bersebelahan rumah ibu saya. Sejak dari itu, JPS kerap melakukan pelebaran dan pendalaman Sungai Sirusa untuk memastikan masalah banjir tidak berlaku lagi. Ibu saya juga menghadapi masalah pembinaan longkang yang tidak diingini di hadapan rumah pada tahun lalu.
II. MASALAH TEBING SUNGAI RUNTUH YANG BERLARUTAN
Kaedah yang dilakukan oleh pihak JPS agak berkesan untuk mengelakkan banjir di kawsan tepi Sungai Sirusa, walau bagaimanapun, keadaan tebing sungai semakin lama semakin meruntuh kerana tebing sungai tidak ditambak. Dalam jangkamasa yang panjang, tebing sungai tidak berupaya membendung hakisan yang disebabkan oleh arus sungai yang kadangkala disekat oleh sampah-sampah yang lalu. Kami difahamkan bahawa pihak JPS telah beberapa kali cuba menambak tebing sungai tersebut, tetapi ada sahaja halangan dan ini telah berlarutan selama bertahun-tahun. Akibatnya, kawasan dapur rumah ibu saya mengalami kerosakan seperti kedudukan pintu dapur senget dan ibu saya mengalami masalah untuk mengunci pintu dapur rumah beliau. Di samping itu juga, keadaan tepi sungai yang semakin melandai dan runtuh menyebabkan beberapa lagi struktur seperti lantai dan longkang lari dari kedudukan asal. Banyak usaha membaikpulih rumah ibu saya tidak dapat dibuat disebabkan keadaan sungai ini.
Seperti yang dimaklumkan, terdapat halangan untuk menambak tebing tersebut dan antara alasan yang diberikan kepada kami ialah pihak JPS tiada peruntukan kewangan untuk menambak tebing sungai tersebut. Mengapa tiada peruntukan untuk membaikpulih keadaan sungai sedangkan kerajaan selalu melaungkan kempen “Cintailah Sungai Kita”. Keadaan sungai di sebelah rumah ibu saya agak menyedihkan dan mengundang perasaan yang tidak selesa kepada tetamu di kalangan sahabat dan saudara yang bertandang ke rumah kami. Kami kerap menerima tetamu memandangkan Port Dickson adalah pusat peranginan yang terkenal dan sudah tentunya keadaan sungai tersebut tidak menggambarkan Port Dickson adalah satu tempat yang hebat atau yang lebih tepat, Kerajaan Negeri Sembilan tidak perhatin kepada rakyat tempatan dan cuma memfokuskan pada tempat yang dapat dilihat oleh pelancong-pelancong sahaja.
Di samping itu juga, pihak JPS juga telah memaklumkan kepada kami beberapa tahun yang lalu bahawa terdapat beberapa pemilik tanah di sepanjang Sungai Sirusa yang membantah usaha menambak tebing sungai tersebut dengan alasan mereka meminta pampasan yang agak tinggi. Pada pendapat saya, agensi Kerajaan haruslah bijak menangani masalah ini kerana bukan semua pemilik tanah yang rumahnya terletak bersebelahan dengan sungai tersebut. Oleh yang demikian, mereka tidak mengalami tekanan seperti yang kami lalui dan segelintir mereka cuma mementingkan diri sendiri walaupun tiada kerugian yang akan mereka tanggung apabila pihak JPS menambak sungai. Pihak JPS haruslah mendahulukan pihak yang terpaksa menganggung beban kerana masalah tebing yang semakin runtuh itu.
III. MASALAH PEMBINAAN SALIRAN YANG TIDAK DIPERLUKAN
Belum selesai dengan masalah tebing sungai yang berpanjangan lebih daripada 10 tahun ini, ibu saya terpaksa menerima satu lagi saliran yang tidak diingini di hadapan rumah kami pada tahun lalu. Adalah tidak logik untuk membina sebatang longkang lagi apabila JPS sebelum ini telahpun membina sebatang longkang di seberang jalan bagi tujuan yang sama. Kami mensyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan pihak JPS kerana pembinaan longkang tersebut hanyalah seperti melepaskan batuk di tangga. Setelah longkang itu dibina, ia tidak ditutup seperti mana yang dilakukan di sebatang longkang lagi. Jika diamati, longkang tersebut tidak ubah seperti tempat pembiakan nyamuk aedes di mana air longkang tersebut tidak disalirkan dengan betul menyebabkan air bertakung di longkan dan tidak mengalir ke sungai. Saya mohon longkang ini ditutup sama sekali.
TUNTUTAN
1) Tebing Sungai Runtuh
Saya mohon agar pihak Kerajaan menyegerakan penambakan tebing sungai bersebelahan dengan rumah ibu saya. Saya percaya pihak Kerajaan tempatan dan JPS dapat menyelesaikan masalah ini dengan bijak. Sekiranya masih gagal memujuk pemilik tanah yang lain, saya sangat-sangat berharap agar hanya kawasan tebing bersebelahan rumah ibu saya yang ditambak, jika tidak, rumah ibu saya mungkin akan runtuh apabila arus sungai menjadi semakin agresif pada musim tengkujuh. Saya amat kesal kerana masalah ini cuma mendapat perhatian daripada pemimpin semasa Pilihanraya tetapi ditinggalkan begitu sahaja setelah selesai Pilihanraya. Haruskah saya mengadu kepada Kerajaan Persekutuan atau Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah seperti ini?
2) Pembinaan Longkang yang Tidak Diperlukan
Saya bermohon agar pihak YAB Dato’ Seri Utama dapat mengambil tindakan segera untuk menutup terus longkang yang dianggarkan RM60,000 (seperti yang dimaklumkan kepada ibu saya). Bagi saya projek seperti itu tidak mungkin menelan belanja lebih daripada RM15,000 pun.
Saya berharap agar pemimpin di Port Dickson bukan hanya turun padang semasa Pilihanraya untuk memancing undi sahaja, tetapi perkara tersebut harus dilakukan sepanjang masa kerana ia adalah tanggungjawab sebagai pemimpin. Segala perhatian dan tindakan yang diambil oleh pihak Pejabat YAB Dato’ Seri Utama saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada silap dan salah di dalam surat ini.
Yang benar,
________________
b/p: Puan Jainon Mat Amin
Alamat: A-127, Batu 4, Kampung Sirusa , Jalan Pantai, 71050 Sirusa
Port Dickson, Negeri Sembilan
